Friday 11 November 2011

Cara anda menaip VS sifat anda

Assalamualaikum.. :D


Korang nak tau tak, sebenarnye cara kita taip atau tulis sesuatu perkataan/ayat/ejaan sebenarnye menggambarkan sifat dan character kita sendiri. Tak phm? Takpe.




checkidauud !


kalo korang suka taip ayat mcm ni,


1) Tolonglah! Kamu masih budak-budak. Tidak matang lagi,. Bagaimana lah kamu hendak memahami sifat kami yang sudah dewasa ini.


Ayat yg korang taip ni mmg baku belaka tanpa ada sebarang silap. Maknanya, korang seorang yg begitu mementingkan kesempurnaan. Thus, u’re truly perfectionist! Korang sangat pantang kalau ade silap sikit. Korg mampu menjadi bos yg sgt bagus dan cekap. Yg negatifnya, korg terlalu cerewet dan langsung tak boleh bertolak-ansur. Sume kena ikut rentak dan gaya korg. Ish.


kalo korang suka taip ayat mcm ni


2) Tolongla. Kau kan still budak2. Tak matang lg. Cmne la kau nak paham perangai aku yg dewasa ni.


Korg yg taip mcm ni adelah org yg simple dan sederhana. Korang agak serius tp masih boleh diajak bergurau. Boleh bertolak ansur tp tegas. Maknanya, jgn harap boleh pijak kepala atau buli korang senang2. Org lain kebanyakannye senang dgn sikap korg. Yg negatifnya, adakalanya korg sukar mengawal sifat ketegasannya. Hmm.


kalo korang suka taip ayat mcm ni


3) Eh please okey! You nih bebudak lagi tau. Not matured enough. How come la you can understand org dewasa like me. huh!


Kalo korg suka taip bahasa rojak, means yg ade cmpuran/ adunan / ramuan bhasa Inggeris dgn Melayu, tu maknenye korang jenis tak kesah. Korang senang menyesuaikan diri dgn ape2 keadaan sekalipun. Kiranya korg ni antara yg jenis susah senang bersama. Wow! Yg negatifnya, org lain yg tak kenal anda byk yg mengecop anda sebagai bajet dan sombong. Aish.


kalo korang suka taip ayat mcm ni


4) Euww,plisshh okeyw!! Kaow tuh buwdak2 lagiw tawuh? And tak matang lagiw. Manew paham perawngai akuw yg dewasew niwh..!!


Kalo korg taip mcm ni, eee aku mmg rasa nk lempang je. Menyampah gilee tau tak? Kalau korg taip mcm ni, maknanya korg adelah budak2 skolah yg belom matang lagi. Menariknya, korang ni sgt rajin. Sebabnya, korg rajin menambah konsonan “W:. Cepatlah korang ni besar siket.


kalo korang suka taip ayat mcm ni


5) eh, plis k. ko tu bdk2 lg. n x mtg lg. mn phm prgi aq y dws ni.


Then, kalo korg jenis yg taip perkataan sependek yg mungkin, itu menunjukkan bahawa korg adalah seorang yg berfikiran pendek. Mknanya, korg mmg jenis tak pikir panjang sebelum nk buat sesuatu perkara tu. Ha, sbb tu la byk usaha korg tak berjaya spt ape yg dirancangkan. Ish ish. Korg jugak jenis yg kedekut, same mcm kedekutnye korg nk taip panjang2. korg susah sgt nk blnje kwn2 walaupun paddlepop yg rm1. ish ish.


kalo korang suka taip ayat mcm ni


6) ehhhhh, pleaseeee…… kauu tuu bebudakk lagiii laaa…. Takk matangg lagikkk….maneee laa nak pahamm aku yangg dewasaa nihhh…..


Kemudian, kalo korg jenis yg suka taip ayat yg berjelaaa-jelaaa mcm ni, mknenye korg ni seorang yg rajinnn sgt sgt. Kalo org lain suruh buat satu kerja, korg buat smpai 2 or 3 kerja. Kiranya, korg ni ringan tulang laa. Same la mcm kerajinan korg nk tambah huruf dan noktah yg berlebihan di setiap pengakhiran perkataan. Malangnya, korg ni jenis suka berlebih2 atau dlm erti kata lain tamak. Jenis tak bersyukur dgn apa yg ade. Ish, x okey tu.



jadi, bagaimana cara anda menaip sesuatu perkataan itu? Renung2kan dan selamat beramal :D


p/s : all the above theories are according to me. muehehe. Maybe ade yg tak betol dan aku pon tak sangkal. jadi? Hahhaha. terpulang laa pd korg. Terima kasih sbb luangkan masa berharga korg utk baca theories aku yg merapu nih. jgn marahh. :P byee!